USAHAWAN TASKA

 

Nama : Pn. Azlinda Binti Atan

Umur : 47 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

Puan Azlinda Binti Atan adalah seorang surirumahtangga. Beliau mendapat idea membuka taska apabila melihat pendapatan keluarga mereka hanya sekadar 'cukup makan' dan berazam untuk meningkatakan pendapatan kelurga nya. Beliau mula menyertai kursus Pendidikan Awal kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau hanya mempromosikan Taska nya melalui kawan-kawan, keluarga dan melalui media cetak seperti flyers, banner dan poster sahaja.Selepas mengetahui adanya kelas usahawan di Pusat Internet  beliau telah mengikuti kelas usahawan di Pusat Internet  Felda Jengka 22

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 22, beliau kini telah memiliki facebook,whatsapp dan instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau tidak terhad dari rakan-rakan terdekat malah telah makin berkembang. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000-RM4000 sebulan.