TEMPAT – TEMPAT MENARIK BERHAMPIRAN FELDA JENGKA 22

 

 

 

1. Gunung Senyum

 

Gunung Senyumyang terletak diFeldaJengka 25, Jengka,Pahang kira-kira 20 minit dari felda jengka 22 yang mempunyai ketinggian setinggi 486meter(1,594 kaki). Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba digunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik. Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang BulanGua KelamdanGua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhanstalagtaitdanstalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaanPERHILITAN.

       Antara gua yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular.Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya.Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.

 

 Sejarah Gunung Senyum

 

Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorang pun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum. Bagi mengelak rasa malu dengan Orang Besar Pahang yang ada bersamanya, baginda menamakannya Gunung Senyum kerana gelagat pegawai istananya yang asyik tersenyum.

            Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum ialah mengenai kisahTok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini. Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia. Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

            Gunung Senyum terletak berhampiranSungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripadaTemerloh        atauJerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Dari kajian arkeologi, hutan lipur ini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusai Zaman Mesolitik.

            Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri Pahang telah menjadikan puncak gunung Senyum sebagai pusat origin koordinat bagi negeri ini kerana terletak di tengah negeri Pahang.

 

Sumber diperolehi dari : https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Senyum

 

 

 

    

 

 

 


2. Gua Kota Gelanggi

 

         Terletak kira-kira 25 km dari bandar Jerantut, dan kira-kira 30km dari felda engka 22, gua lagenda ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Gua-gua di sini dikenali dengan nama kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Rehut, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Jin dan Kota Balai. Gua Kota Gelanggi sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai.

      Terdapat pelbagai bentuk batu yang menyerupai manusia bersanding, ular, singa dan sebagainya. Kejadian ini dikaitkan dengan sumpahan Sang Kelembai iaitu makhluk yang mempunyai kuasa sakti yang menyumpah sesuatu menjadi batu. Mengikut kajian Muzium Negara pada tahun 1981, terdapat bukti bahawa barang-barang yang dijumpai di dalamnya adalah tinggalan manusia zaman purba.


       Terdapat juga pengkaji sejarah mengatakan gua ini pada masa dahulu adalah sebuah negeri yang besar. Gua ini dipercayai tempat persembunyian Maharaja Dewa Sura ketika diburu oleh angkatan Melaka pada abad ke-15. Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga dikatakan berlindung dan bertapa di dalam gua ini.

          Asal usul nama Gelanggi ini berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio. Pada masa itu, tempat ini dipercayai diminati oleh orang-orang Siam. Kisah Lagenda menceritakan kawasan ini telah diperintah oleh Raja Gelanggi yang mempunyai seorang puteri yang cantik. Anak Raja Mambang dari Lipis telah melamar puteri tersebut. Walau bagaimanapun, anak Raja Usul dari Bera telah bertemu dengan puteri tersebut semasa berburu, lalu jatuh cinta dan bersetuju untuk berkahwin. Perkara ini telah diketahui oleh anak Raja Mambang lalu menyerang anak Raja Usul. Anak Raja Mambang mati dibunuh oleh anak Raja Usul lalu anak Raja Usul berkahwin dengan Puteri Gelangi

 

sumber diperloehi dari : http://www.mdjerantut.gov.my/gua-kota-gelanggi

 

 

 

 

Gambar diperolehi dari : http://akuanakpahang.blogspot.sg/

 

 

Air Terjun Lubuk Yu

 

Air terjun Lubuk Yu terletak di Maran, Pahang, Malaysia. Ia berdekatan dengan tanah rancangan FELDA Jengka dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam dan Hutan Lipur Teladas. Loji Air Hulu Jempol terletak di kaki Gunung Berantai.

Nama air terjun ini sempena nama kesan air terjun yang berbentuk huruf U. Pengunjung terpaksa melalui kawasan kebun getah sejauh dua kilometer dari jalan utama. Pengunjung boleh datang dari Jalan Maran-Jerantut atau Jalan Bandar Jengka-FELDA Ulu Jempol untuk ke Lubuk Yu.

 

 

sumber diperolehi dari : https://ms.wikipedia.org/wiki/Lubuk_Yu