Tempoyak Ikan Patin

 

Gambar diperolehi dari google

 Gambar diperoleh dari Google

 

Felda jengka 22 terletak berhampiran dengan daerah Temerloh. Temerloh sememangnya terkenal dengan bandar ikan patin. Masakan yang popular dikalangan komuniti di felda jengka 22 ialah Tempoyak Ikan Patin.

Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak 

Bahan utama:

  • 1 Ekor Ikan Patin
Bahan untuk di kisar:
  • 10 Biji Cili Padi
  • 1 Inci Kunyit Hidup
  • 1Sudu Besar Tempoyak.
Lain-lain bahan:
  • Daun Kesum Secukupnya
  • 2 Kuntum Bunga Kantan
  • Air
  • Garam Secukup Rasa
  • 5 Biji Limau Nipis
  • 2 Biji Mentimun

Cara membuatnya:

Ikan patin yang siap di potong di basuh dan dibersihkan dengan limau nipis supaya hilang baunya. Isi air ke dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar, bunga kantan, daun kesum berserta dengan ikannya sekali. Apabila ikan hampir masak masukkan mentimun dan garam secukup rasa. Setelah masak bolehlah di hidangkan.

sumber diperolehi dari : www.mpt.gov.my/masakan

 

Gulai Asam Rong

 

Gambar diperolehi dari google

 Gambar diperolehi dari Google

 

Perkataan asam rong ini berasal dari perkataan isirong iaitu merujuk kepada bahagian isi dalam buah dan perkataan asam itu digunakan kerana kaedah penyimpanan dan pembuatan asam rong ini sama dengan asam yang lain. Asam rong ini dipopularkan oleh penduduk di sebelah perkampungan mukim Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Pada asalnya asam rong ini diperbuat dari buah perah iaitu sejenis buah yang didapati dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan tebal. Namun menyedari sukarnya mencari dan mendapatkan buah perah ini penduduk di sini mula mencari alternatif lain dengan menggantikan dengan biji getah iaitu biji dari pokok getah. Pada masa kini mereka menggunakan biji getah kerana ianya senang diperolehi berbanding dengan buah perah yang perlu dicari di dalam hutan tebal. Memandangkan kebanyakan penduduk di sini banyak menanam pokok getah sebagai sumber pendapatan utama mereka maka penggunaan biji getah untuk membuat asam rong ini memudahkan mereka mendapatkan bahan tersebut.