Selamat datang ke

Portal Pusat Internet  Felda Jengka 22

 

  

Pusat Internet Felda Jengka 22 ( PI Felda Jengka 22) telah di tubuhkan pada April 2010. Bangunan Pusat Internet  adalah terletak berhadapan dengan Dewan Semai Bakti Felda Jengka 22, bangunan belia dan koperasi.        

Pusat Internet   merupakan satu program di mana pihak SKMM menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif khususnya di kawasan luar bandar.Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 ke hingga 5 tahun.

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet  adalah seperti capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar (KTW) bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.

Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan Pusat Internet  adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan yuran yg dikenakan adalah serendah lima ringgit sahaja untuk seumur hidup. Setiap program yang dijalankan tiada bayaran atau yuran yang dikenakan. Pusat Internet   di uruskan oleh 2 orang petugas sahaja iaitu Pengurus dan Penolong pengurus.