Ushawan Benang Kait

Nama : Pn. Nor Hafizah Binti Hamid

Umur : 39 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2013

 

Latar belakang

Pendidikan Pn. Hafizah hanyalah di peringkat SPM sahaja. Pekerjaan beliau adalah seorang Tenaga Pengajar PDK Felda Jengka 21 . Selepas waktu bekerja beliau menjalan kan perniagaan secara online di Facebook:Noor Hafizah Hamid dan Blog: http://izariecraft.blogspot.com/

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kurang mahir dalam komputer dan  ICT. Beliau telah datang  ke PI untuk menimba ilmu terutamanya asas dan latihan keusahawanan yang di adakan di PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

- Berjaya mendalami ilmu IT walaupun pada peringkat awal tidak pernah mempelajari ilmu IT

- Menggunakan ilmu yang di peroleh untuk mengajar peserta lain di PDK.

- Berjaya memasarkan produk kraf di dalam talian seperti di facebook dan juga di blog.

-Telah menerima tempahan daripada pelanggan di setiap negeri.

-Menerima tempahan daripada butik-butik di Kuala Lumpur dan pernah menerima tempahan daripada butik untuk Gaza yang di kelolakan oleh Afdlin Shauki dan rakan-rakan.