Belajar Email Dan Microsoft Office 

Nama : Mohamad Aliiff Naiim Bin Hj Kassim

Umur : 31 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2014

 

Latar belakang

Beliau telah berkahwin dan bekerja sebagai seorang Guru Kafa. Sebagai seorang guru memerlukan beliau mahir menggunakan Komputer dan internet. Beliau mengambil inisaiatif dengan belajar komputer di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI,kemahiran komputer nye hanya lah biasa-biasa sahaja. Belaiu hanya tahu menggunakan Microsoft Word sahaja dan tidak tahu menggunakan email.Tuntutan kerja memerlukan seorang guru untuk menguasai ilmu dalam Microsoft Excel dan juga Microsoft Word. Ini kerana semu data pelajar dan maklumat sekolah perlu di simpan di dalam komputer.Beliau telah berhenti kerja sebagai ustaz dan mendapat pekerjaan sebagai Imam di Johor dengan bantuan carian pekerjaan di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Beliau telah berjaya mendapat pekerjaan dengan carian di internet. Internet banyak membantu daya dalam kerja harian Beliau. segala carian ayat-ayat alquran beliau peroleh dalam internet. Maklumat dan kemusykilan yang berkaitan agama juga kadang kala beliau merujuk dalam internet tetapi berdasarkan sumber-sumber yang sahih yang di keluarkan oleh Majlis agama dan sumber yg di percayai kesahihannya.Beliau juga banyak merujuk kepada internet bagi maksud-maksud ayat yang saya tidak fahami.Beliau juga menggunakan google translate untuk mempelajari bahasa arab dengan lebih baik terutama dari segi maksud dan juga sebutan.Walaupun kadang kala pembelajaran di PI1M adalah secara tidak langsung tetapi tips-tips dan kaedah senang belajar dari petugas PI1M banyak membantu saya mendalami ilmu agama.Beliau sekarang telah melanggan internet di dalam telefon bagi memudahkan semua urusan harian.