Mencari maklumat dan Belajar secara Online.

Nama : Nurul Anisah Bt Zainal

Umur : 11 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2012

 

Latar belakang

Nurul Anisah berumur 11 tahun. Dia bercita-cita ingin berjaya di dalam UPSR. Dia menaman niat ingin mendapat 5A didalam UPSR. Dia telah mendapatkan dorongan daripada ibu bapa supaya belajar tambahan di Internet. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Saya menggunakan internet di PI1M Felda Jengka 22 sejak tahun 2012 ketika berada di Tahun 4 dan menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat untuk kerja-kerja sekolah dan juga mendapatkan contoh-contoh kertas ujian bagi latihan UPSRSaya juga menggunakan laman web pendidikan seperti cerdiknet.com untuk menjawab latihan secara online mengikut matapelajaran yang di ambil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Saya telah mempelajari banyak ilmu dalam internet. Saya menggunakan google.com untuk mendapat semua maklumatInternet dapat memudahkan dan mempercepatkan pencarian saya dalam mendapatkan maklumat.
  • Saya juga dapat mengulangkaji secara pantasdan belajar sendiri walaupun tanpa bantuan guru.
    • Saya telah mendapat 4A 1B dalam UPSR baru-baru ini dan sekarang menuntut di Sekolah Semai Bakti Felda.