Pengguna OKU menggunkan Youtube Dan Media Sosial seperti Facebook

Nama : Muhammad Sabri bin Zainol

Umur : 33 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2010

Latar belakang

Seorang OKU yang cacat pendengaran dan bisu. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muhammad Sabri bin Zainol mendapat pendedahan ICT setelah bapanya membawa beliau ke PI1M.Beliau tidak tahu membaca dan menulis. Petugas PI telah membantu beliau untuk tidak ketinggalan dalam mempelajari teknologi terkini. Beliau telah di ajar cara menggunakan youtube untuk melihat cerita, berita dan sebagainya.Beliau seterusnya di ajar cara bersosial dalam talian dengan menggunakan facebook.Beliau juga menghadiri kelas komputer bersama pelajar OKU yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mendapat pendedahan tentang ICT, Muhammad Sabri bin Zainol telah aktif bersosial tidak kira di alam maya ataupun di dunia sebenar. Sebelum ini beliau hanya memencilkan diri di rumah. Beliau juga telah membeli sebuah ipad untuk kegunaannya ketika melayari internet.kini beliau telah pandai menggunakan ipad, facebook dan youtube.Kini beliau menjadi pengguna harian tetap PI dan berjaya keluar dari kepompong hidupnya.