Belajar Kaedah Pengajaran & Pembelajaran di Internet sebagai Guru Literasi.

Nama : Pn. Rozalmah Bt Manap

Umur : 39 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2010

 

Latar belakang

Pn. Rozalmah Manap adalah seorang guru Literasi. Beliau tidak mahir di dalam IT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Rozalmah Bt Manap mendapat pendedahan ICT setelah beliau ke PI.Beliau tidak tahu mengenai ICT sejak awal pekerjaannya sebagai guru literasiPetugas PI telah membantu beliau untuk tidak ketinggalan dalam mempelajari teknologi ICT bagi mempelbagaikan kaedah P&P yang lebih berkesan. Beliau telah di ajar cara menggunakan youtube dan juga laman web pendidikan yang lain untuk di ajarkan kepada para pelajarnya..Beliau seterusnya di ajar cara membuat emel dan bersosial dalam talian dengan menggunakan facebook,twitter serta aplikasi yang lain.Beliau juga menghadiri kelas komputer bersama pelajar belia yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mendapat pendedahan tentang ICT, Pn. Rozalmah Bt Manap telah menggunakan ilmu ICT dalam sesi pembelajaran dan pelajaran(P&P) beliau. Pelajar Literasi lebih berminat dengan kaedah pembelajaran secara atas talian berbanding secara manual.Kepelbagaian teknik pembelajaran telah membuatkan ibubapa dan penjaga kanak-kanak literasi lebih bergantung harap kepada Cikgu Rozalmah untuk mendidik anak mereka kearah yang lebih cemerlang.Disamping itu, Cikgu Rozalmah telah membuka minda ibubapa untuk turut serta mempelajari ilmu ICT dengan melibatkan ibu bapa dalam beberapa program anjurannya dengan kerjasama PI Felda Jengka 22. Cikgu Rozalmah telah mengoptimumkan segala kemudahan yang terdapat di PI.