Usahawan Manik Kraf

Nama : Pn.Saloma Bt Ghani

Umur : 54 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

Pn.Salomah Bt Ghani adalah seorang surirumah sepenuh masa. Pada mulanya beliau membuat manik kraf ini hanya untuk mengisi masa lapang sahaja. Beliau belajar Manik Kraf ini melalui kelas yang dijalankan oleh pihak KEMAS. Lama-kelamaan produk beliau telah mendapat permintaan dari orang ramai untuk dijadikan perhiasan dirumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau menjual produk dari rumah  dan rakan-rakan dan terdekat.Pendapatan bulanan beliau hanya dalam lingkungan RM 300 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 22, beliau kini telah memiliki facebook,whatsApp sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau.  Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800-RM1000 sebulan.