Usahawan 'Bakery'

Nama : Pn.Norhidayah Tajri

Umur : 33 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

Pn. Norhidayah Tajri telah berkahwin dan seorang surirumah sepenuh masa. Demi membantu sumai untuk menambah pendapatan keluarga, Pn Norhidayah telah mengikuti kelas membuat roti dan kek. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan, beliau tidak tahu cara untuk memperluaskan lagi perniagaan nya.Setelah habis mengikuti kelas tersebut, Pn Norhidayah hanya menjual roti dan kek dari rumah sahaja.Selain itu beliau juga memasarkan produk nya di kedai-kedai makan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri ke kelas Usahawan PI, beliau telah nampak cara yang lebih luas untuk memasarkan produk nya. Beliau telah memasarkan produk nya di facebook sahaja kerana ia cepat berbanding blog ataupun website. Pendapatan beliau kini bertambah dari RM300 hingga RM500 ke atas sebulan.