Guru KAFA Sek.Maahad ( Kisah Celik IT 2016)

 Nama : Julia Binti Jan  
 Umur : 30 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2015

Latar Belakang

Pn. Julia Bt Jan adalah seorang guru KAFA Sekolah Agama Maahad, Bandar Jengka. Tahap penguasaannya dalam bidang ICT adalah Sederhana. Keperluan dalam P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) membuatkan beliau nekad untuk mempelajari ilmu ICT di PI. Segala laporan dan soalan kertas peperiksaan memerlukan cetakan komputer yang bertulisan Arab. Beliau telah dating ke PI untuk mempelajari ilmu ICT dan secara  tidak langsung mengikuti kelas-kelas yang di tawarkan di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadirkan diri di PI, beliau hanya pandai asas komputer dan Microsoft office word. Tahap kecekapan dalam desktop publishing juga adalah rendah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan Asas Komputer, Intel East Step beliau telah bertambah cekap dalam penggunaan komputer. Tahap ilmu ICT beliau juga makin bertambah. Beliau juga mengikuti kelas keusahawanan dan juga kelas “Set Up Netbook dan Installation Microsoft” di PI