Usahawan Jahitan (Kisah Kejayaan Tahun 2016)

Nama : Yazidah Bt Yahaya  

Umur : 38 Tahun

 
Tahun Menjadi Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Yazidah Yahaya adalah seorang tukang jahit berpengalaman yang sebelum ini menetap di Lumut kerana mengikuti suami yang bekerja sebagai askar di sana. Kemahirannya menjahit kemudiannya di aplikasikan di akademi jahitan swasta di Selangor. Beliau telah berhenti menjadi guru jahitan kerana berpindah ke Pahang untuk menjaga ke dua orang tuanya. Kini beliau menjadi tukang jahit sepenuh masa di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ketika berada di Pahang pada awal tahun 2016, beliau sangat sukar mendapatkan pelanggan kerana beliau belum di kenali oleh komuniti setempat. Penggunaan ICT juga masih belum meluas terutama dari segi pemasaran online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 22, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil jahitan beliau.Facebook page adalah platform yang paling cepat dan mudah untuk mendapatkan pelanggan. Pelanggan beliau semakin bertambah dari hari ke hari. Pendapatan beliau juga telah mencecah lebih RM800 sebulan.