Kerani JKKR ( Kisah Celik IT Tahun 2016)

 Nama : Zaitun Bt Zainuddin
 Umur : 34 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

Pn. Zaitun adalah seoarang kerani JKKR. Sebelum beliau menjadi kerani JKKR, beliau adalah surirumah tangga sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet 1 Malaysia, kemahiran ICT beliau adalah secara asas sahaja. Beliau tidak mahir menggunakan internet dan hanya tahu menggunakan Microsoft word dan excel sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mengikuti kelas latihan ICT yang di jalankan di Pusat Internet beliau telah dapat meningkatkan kemahiran ICT beliau daripada asas kepada sederhana mahir. Beliau telah mahir menggunakan Microsoft office seperti power point, publisher dan penggunaan internet seperti Email dan menggunakan website kerajaan untuk kegunaan kerja beliau.