Usahawan Online Dropship Produk Herba Asmak ( Kisah Kejayaan 2016)

Nama : Ariana Bt Ahmad  
 Umur : 37 Tahun  
 Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

Pn.Ariana merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.Beliau mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan online sejak pertengahan tahun 2016.Beliau sebelum ini hanya menggunakan internet untuk melayari laman social dan youtube. Sejak menggunakan minyak Asmak beliau mendapati produk berkenaan sangat mujarab dan membeli dalam kuantiti yang sedikit.Lama kelamaan testimony produknya makin bertambah dan beliau nekad untuk menjual produk tersebut secara online dan menjadi agen dropship. Penjualan produk semakin bertambah dan beliau telah mengembangkan sayap perniagaan dengan menambah bilangan produk.Antaranya produk minyak wangi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau tidak mempunyai pendapatan kerana hnya melayari internet untuk bersosial di laman facebook dengan plan data basic.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 22 beliau kini mempunyai akaun facebook Page khas untuk perniagaannya dan juga mempunyai instagram.Beliau juga telah mempromosikan produk di My Shop Dashboard PI.Beliau telah memperoleh pendapatan lebih kurang RM 300-500 seblan bergantung kepada permintaan.