Masalah Pembelajaran ( kisah Celik IT Tahun 2017)

Nama : Mohamad Ibrahim Bin Hairudin
 Umur : 17 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

 Adik Mohamad Ibrahim Bin Hairuddin adalah seorang pelajar yang jauh ketinggalan dalam pembelajaran.Kegagalan dalam peperiksaan UPSR membuatkan beliau semakin kurang minat belajar namun setelah menghadiri kelas-kelas di PI beliau menunjukkan peningkatan minat untuk belajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau kurang pandai untuk mengeja dan membaca. Dan minat untuk belajar adalah kurang.Beliau hanya datang ke PI untuk melihat rakan-rakan menggunakan computer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada peringkat awal, beliau di ajar menggunakan youtube dan facebook. Selepas itu,beliau mula berminat menghadiri kelas-kelas pembelajaran e-learning yang di adakan di PI.Kini beliau telah pandai berchatting dan membalas mesej di facebook dan membuat carian di internet.Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti PI.