Usahawan Penternakan Kambing Biri-Biri ( Kisah Kejayaan Tahun 2017)

Nama : En. Khairul Faizi Bin Saad

Umur :  39 Tahun 

Tahun Menjadi Ahli : 2017

 

Latar belakang

En.Khairul Faizi adalah seorang peniaga kedai serbaneka dan kini sedang menjinakkan diri dalam bidang penternakan kambing biri-biri.Beliau mula menternak kambing biri-biri sebanyak 4 ekor dan kemudian menambah bilangan kambing-kambingnya apabila melihat peluang dalam bidang penternakan mendatangkan keuntungan yang lumayan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau mendapatkan baka kambing dan penjualan kambing untuk majlis-majlis kenduri dan akikah hanya di kawasan sekitar Felda Jengka 22.Pendapatan bulanan beliau hanya dalam lingkungan RM 2000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 22, beliau kini telah memiliki facebook,facebook page, whatsapp dan instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Dengan internet, beliau dapat mencari kambing-kambing dengan harga yang murah dari pembekal-pembekal di luar sana yang kebanyakannya menjual dengan bilangan pukal. Penjualan kambing juga semakin mudah dan pelanggan beliau tidak terhad dari komuniti setempat malah telah menjangkau ke kawasan lain. Beliau juga telah mepelajari cara membuat kertas kerja Rancangan Perniagaan di PI bagi memohon geran bantuan kerajaan dari  Kementerian Pertanian& Industri Asas Tani (MOA).Beliau juga aktif  dengan aktiviti – aktiviti keusahawanan di PI. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000-RM4000 sebulan.