Usahawan Kedai Makan ( Kisah Kejayaan Tahun 2017)

Nama : Zurina Bt Zainol

Umur : 37 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pn.Zurina Binti Zainol adalah seorang suri rumah setelah berhenti bekerja sebagai kerani di bahagian Human Resource di salah satu syarikat di Kuala Lumpur.Beliau telah berpindah ke Felda Jengka 22 dan membina rumah serta kedai makan untuk di usahakan. Beliau kini bergelar usahawan setelah mendaftar sebagai usahawan amanah ikhtiar cawangan Maran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di PI,tahap penguasaan beliau dalam bidang ICT adalah berskala 8/10. Beliau mahir menggunakan computer dan internet. Beliau selalu datang ke PI untuk menggunakan perkhidmatan di PI seperti internet,fotostat dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau aktif menyertai program-program di PI. Beliau banyak mendapat info dan maklumat tentangbantuan-bantuan perniagaan untuk usahawan di Pi. Beliau juga menyertai kelas-kelas ICT walaupun telah berpengalaman luas dalam bidang ICT.Beliau berkongsi ilmu dengan usahawan-usahawan lain yang sekelas dengan beliau. Beliau telah banyak mengumpul sijil-sijil computer dan ICT di PI.Kelas-kelas usahawan yang di hadiri banyak membantu beliau meluaskan pemasaran dan meningkatkan pendapatan.Pendapatan kasar  beliau bertambah sebanyak RM3000 sebulan.