Usahawan Pembuatan Kek ( Kisah Kejayaan tahun 2017)

Nama : Juniza Bt Shaidin
 Umur : 30 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pn.Juniza Bt Shaidin adalah suri rumah sepenuh masa. Beliau berumur 29 tahun dan telah berkawin dan mempunyai 3 orang anak. Beliau berkelulusan SPM. Beliau mula dalam perniagaan online sejak tahun 2015. Beliau hanya menjual barang-barang secara dropship di facebook. Beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan kek sejak menyertai kelas usahawan roti dan kek di PI.sejak itu,beliau berusaha mempelajari cara membuat kek di youtube.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau hanya seorang peniaga kedai makan.Beliau hanya menggunakan ICT untuk melayari laman facebook dan juga whats up. Beliau hanya datang ke Pusat Internet untuk fotostat dan juga mendaftar anak persekolahan anak-anak. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas-kelas ICT di PI beliau kini telah berjaya menjadi usahawan kek dan usahawan droship secara online. Permintaan kek beliau semakin tinggi.kek beliau juga di gemari ramai sangat sedap dan harga berbaloi. Pendapatan beliau kini semakin meninggkat ke RM 600 berbanding dahulu RM 300.