Usahawan Madu Kelulut ( Kisah Kejayaan 2017)

Nama : Pn. Nor Hasikim Binti Wan Hassan

Umur : 39 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn.Nor Hasikim adalah seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda lulusan Universiti Malaysia Sabah. Sebelum ini beliau bekerja di syarikat swasta di Mentakab ,Pahang. Beliau telah berhenti kerja dan mengikut suami pulang ke kampung dan menjalankan ternakan madu kelulut bersama bapanya. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sememangnya mahir dalam computer dan mempunyai pengetahuan dalam bidang ICT. Namun,beliau tetap datang ke PI untuk menimba ilmu terutamanya asas dan latihan keusahawanan yang di adakan di PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualan dan menambahkan bilangan produk hasil dari sumber madu kelulut.