Usahawan Jelly Kelapa (Kisah Kejayaan 2018)

Nama :Yusrita Bt Ramli
 Umur : 37 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2017

 

Latar belakang

Yusrita Bt Ramli merupakan suri rumah sepenuh masa.Beliau berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Beliau membantu suaminya dengan membuat jelly kelapa untuk di jual di gerai Cendol suaminya

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum hadir ke Pusat Internet,beliau hanya menggunakan telefon bimbit untuk mengakses internet. Penggunaan internet hanya untuk bersosial secara online bersama rakan-rakan dan saudara mara.Beliau hanya menemani suaminya ke pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program keusahawanan di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualannya.