Usahawan (Cendol Ori Bukit Jepun) Dan Broker Penjualan Jentera Berat ( Kisah Kejayaan Tahun 2018)

Nama : Noriwan Bin Mukhtar
 Umur : 37 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2018

 

Latar belakang

Noriwan Bin Mukhtar adalah seorang peniaga menjual santan di pasar borong Bandar Jengka. Pada waktu petang, beliau berniaga gerai kecil-kecilan yang menjual air balang dan cendol pulut. Lokasi perniagaan beliau adalah di Kuala Krau berhadapan dengan pasaraya Mempaga Fresh. Pendapatan belian sebulan adalah RM1500.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai tahap pengetahuan ICT yang baik. Beliau telah cuba meningkatkan lagi taraf hidup dengan melibatkan diri dengan urusniaga online dengan mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan beliau di atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas di PI, beliau telah berjaya mempromosikan gerai dan perkhidmatan jual beli jentera berat beliau. Pelanggan di gerai semakin dan fb page jual beli jentera berat beliau semakin di kenali dengan 3020 likeda n 3220 follower.Pendapatan beliau juga meningkat ke RM 2500 sebulan dan kadang kala mendapat komisen penjualan jentera berat sehingga RM2000-RM3000 seunit.