Usahawan Stokis Jamu Susuk Dara dan Agen Tupperware (Kisah Kejayaan 2018)

Nama :Siti Rahmah Bt Ramli
 
Umur : 28 Tahun  
Tahun Menjadi Ahli : 2017

 


Latar belakang
 

Siti Rahmah Binti Ramli adalah seorang beliawanis yang aktif.Beliau masih belum berkahwin dan kini tinggal bersama ibubapanya di Felda Jengka 13. Beliau menjalankan perniagaan  secara online di rumah. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mempunyai asas dalam bidang ICT sebelum hadir ke Pusat Internet tetapi kurang pengetahuan dalam asas keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program keusahawanan di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualannya.