Konsultant dan agen Nurrasya Beauty

Nama : Ainatul Farhana Bt Bakar
Umur : 28 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 2017

 

Latar belakang

Ainatul Farhana Bt Bakar berasal dari Felda Jengka 13. Beliau menjalankan perniagaan secara online. Beliau merupakan agen dan consultant bagi produk kecantikan Nurrasya Beauty.Pendapatan beliau sebulan adalah rm300-rm500.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum hadir ke Pusat Internet, beliau menjalankan perniagaan perniagaan dari rumah ke rumah (home party)dan hanya menggunakan WhatsUp untuk membuat pemasaran. Pelanggan beliau juga terhad kepada komuniti setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program keusahawanan di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualannya menggunakan pelbagai platform pemasaran seperti fb page,instagram dll.Beliau juga kini telah mencuba menjinakkan diri dengan perniagaan jualan rempah dan sos.Asas keusahawanan yang dipelajari telah Berjaya meningkatkan semangat beliau untuk mencuba pelbagai perniagaan sampingan.Pendapatan beliau kini mencapai rm800-rm1000 sebulan.