Nama : Nur Fatihah Dania Bt                     Mohd Faizal
Umur : 11 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

Nur Fatihah Dania Bt Mohd Faizal adalah pelajar tahun 5 Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka 22. Beliau adalah seorang pelajar yang kurang menyerlah dalam pembelajaran di sekolahnya dan salah seorang murid pemulihan khas (Masalah Pembelajaran). Beliau lemah dalam beberapa mata pelajaran dan lambat membaca.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Sebelum datang ke PI1M tahap penguasaan ICT beliau adalah lemah.. Kali pertama beliau datang ke Pusat Internet Jengka 22 adalah untuk menemani kawan-kawannya.Lama kelamaan beliau turut serta menghadiri kelas komputer dan program-program yang di jalankan di PI. Kini beliau sering datang ke PI untuk menggunakan computer dan mengakses internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas computer di PI, beliau berjaya menguasai asas computer dan  internet. Beliau juga berjaya meningkatkan tahap pembacaan beliau dan telah lancar membaca tanpa perlu mengeja. Pembelajaran beliau di dalam beberapa subjek juga telah meningkat. Beliau juga telah berjaya memasuki kelas aliran perdana seperti biasa