Pengurus Felda

Tiada (Pengurus baru bersara dan menunggu pengurus baru )

Naib Pengerusi JKKR/Ketua Peneroka

En. Nawi Bin Hamzah

Imam/Pengerusi Badan Agama

En. Tajri

 

Felda Terkis Jengka 22 berada di tengah-tengah antara Felda Jengka 23 dan Felda Jengka 21. Ia terletak di dalam Daerah Maran dan 20 kilometer dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Rancangan ini adalah di bawah tadbiran Felda Wilayah Jengka, DUN Kerdau dan Parlimen Kuala Krau. Felda Jengka 22 di tadbir oleh Pengurusan Felda dan di bantu oleh JawatanKuasa Rancangan (JKKR) yang terdiri daripada 13 Ketua blok. Felda Jengka 22 mempunyai 13 Blok dan setiap Blok mempunyai ketua Blok Lelaki dan ketua Blok perempuan. Bagi pengurusan ladang pula, pihak yang bertanggungjawab adalah Pengurusan Felda Technoplant. Segala yang berkaitan dengan kelapa sawit adalah di bawah bidang kuasa Felda Technoplant dan Felda.

Penduduk di Felda Jengka 22 ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Terdapat 3 kaum di sini iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka berasal dari pelbagai negeri di semenanjung Malaysia. Berikut merupakan pecahan taburan penduduk mengikut kaum dan negeri.

Dibangunkan Pada

: Tahun 1975/76

Keluasan Rancangan

: 1400.2971 hektar

Luas Kawasan Kampung

: 98.34 hektar

Keluasan ladang sawit

: 1.160.3053 hektar

Keluasan tanaman getah

: 141.6518 hektar

Tahun Kemasukan Peneroka

: Tahun 1981

Jumlah Peneroka

: 309 Buah Rumah

Peneroka Bersama Felda

: 123 Orang

Peneroka Ambil Alih Kebun

: 151

Peneroka Terima Hak Milik

: 279

Peneroka Belum Terima Hak Milik

: 30

 


 
 

Felda Terkis Jengka 22 berada di tengah-tengah antara Felda Jengka 23 dan Felda Jengka 21. Ia terletak di dalam Daerah Maran dan 20 kilometer dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Rancangan ini adalah di bawah tadbiran Felda Wilayah Jengka, DUN Kerdau dan Parlimen Kuala Krau. Felda Jengka 22 di tadbir oleh Pengurusan Felda dan di bantu oleh JawatanKuasa Rancangan (JKKR) yang terdiri daripada 13 Ketua blok. Felda Jengka 22 mempunyai 13 Blok dan setiap Blok mempunyai ketua Blok Lelaki dan ketua Blok perempuan. Bagi pengurusan ladang pula, pihak yang bertanggungjawab adalah Pengurusan Felda Technoplant. Segala yang berkaitan dengan kelapa sawit adalah di bawah bidang kuasa Felda Technoplant dan Felda.

Penduduk di Felda jengka 22 terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, india dan Cina

            

TABURAN PENDUDUK MENGIKUT KAUM

KAUM

BILANGAN

PERATUSAN ( % )

Melayu

296

95.7%

Cina

3

  0.9%

India

10

  3.2%

TABURAN PENDUDUK MENGIKUT NEGERI

 

NEGERI

BILANGAN

PERATUSAN ( % )

Kedah

75

24.0%

Pahang

59

19.0%

Perak

50

16.1%

Kelantan

43

13.9%

Selangor

34

11.0%

Pulau Pinang

13

04.2%

Johor

12

03.8%

Negeri Sembilan

6

1.94%

Melaka

4

1.29%

Lain-lain

1

0.32%