Noor Aishah Bt.Ariffin, seorang O.K.U yang berusia 28 tahun. Beliau tidak mempunyai tangan tetapi mempunyai keistimewaan untuk membuat bakul kertas yang cantik dan unik. Keunikannya terletak pada cara pembuatannya di mana dia menggunakan kakinya untuk menghasilkan bakul-bakul tersebut.

     Usahanya bermula sejak tahun 2007 tetapi kurang mendapat promosi menyebabkan usahanya kurang diketahui umum. Dengan hanya berkelulusan Sekolah Rendah Agama, beliau langsung tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang ICT ditambah pula dengan kekurangan yang ada mambataskan beliau untuk mendalami ilmu ICT dengan lebih mendalam. 

     Aishah telah berjaya mengiklankan produknya secara online di laman social facebook nye iaitu https://www.facebook.com/nooraishah.ariffin.3?fref=ts dan produk beliau juga telah menembusi pasaran luar kawasan. Ini secara tidak langsung meningkatkan pendapatannya. Segala urusan perbankkan beliau menjadi semakin mudah dengan hanya melayari laman web rasmi Maybank2U online untuk membayar bil, membuat transaksi kewangan dan menyemak penyata kewangan.    

Untuk membuat tempahan boleh terus menghubungi Aishah di talian 013-9174959