GERAKAN PERSATUAN WANITA (GPW) FELDA JENGKA 22

Carta Organisasi GPW Felda Jengka 22

 

 

 

 

Gerakan Persatuan Wanita (GPW) adalah persatuan wanita yang paling aktif dan dianggotai oleh kesemua penerokawati di Felda. GPW ini diwujudkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Tujuan penubuhan GPW ini adalah untuk membolehkan penerokawati juga terlibat dalam pembangunan Felda dan ianya juga menunjukkan bahawa wanita juga tidak ketinggalan dalam memajukan Felda ini.

Pelbagai program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh GPW untuk mengisi masa lapang golongan wanita dan sekaligus boleh meningkatkan ekonomi dan pendapatan isi keluarga mereka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti :-

a)  Keagamaan

  • Menghadiri ceramah agama pada setiap hari rabu
  • Bacaan yassin
  • Tadarus Al-Quran

b)  Keusahawanan

  • Mengusahakan perusahaan kuih tradisional seperti kuih bihun, karipap mini, paniram dan lain-lain lagi.
  • Menjahit pakaian seperti baju kurung, baju melayu, langsir dan lain-lain lagi
  • Perusahaan sulaman
  • Perusahaan karftangan

 c) Kegiatan Kemasyarakatan

  • Mengadakan aktiviti gotong-royong seperti mencantikan kawasan felda
  • Aktiviti gotong- royong memasak jika ada sesuatu majlis
  • Mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandinagn gubahan, masakan dan lain-lain lagi.

d) Kegiatan Kesihatan

  • Mengikuti seminar  kesihatan dan ceramah mengenai penjagaan kesihatan

 

Aktiviti Gotong Royong Perdana GPW

 

Program Kenduri Sekampung

Tarihk : 20 Jan 2018 (Sabtu) 
Masa  : 9.00 pagi - 12.00 tghari
Tempat : Balairaya Felda Jengka 22
 
 
Antara pengisian program kenduri sekampung di Felda Jengka 22 adalah seperti kreatif jari jemari warga J22 dalam  Pertandingan Gubahan Lipatan Kain Batik, Pertandingan Memasak Rendang, dan pertandingan kek.. Tahniah dan terima kasih semua yg memberi sokongan & komitmen yg tidak berbelah bahagi.