Nama : Nur Fatihah Dania Bt                     Mohd Faizal
Umur : 11 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

Nur Fatihah Dania Bt Mohd Faizal adalah pelajar tahun 5 Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka 22. Beliau adalah seorang pelajar yang kurang menyerlah dalam pembelajaran di sekolahnya dan salah seorang murid pemulihan khas (Masalah Pembelajaran). Beliau lemah dalam beberapa mata pelajaran dan lambat membaca.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Sebelum datang ke PI1M tahap penguasaan ICT beliau adalah lemah.. Kali pertama beliau datang ke Pusat Internet Jengka 22 adalah untuk menemani kawan-kawannya.Lama kelamaan beliau turut serta menghadiri kelas komputer dan program-program yang di jalankan di PI. Kini beliau sering datang ke PI untuk menggunakan computer dan mengakses internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas computer di PI, beliau berjaya menguasai asas computer dan  internet. Beliau juga berjaya meningkatkan tahap pembacaan beliau dan telah lancar membaca tanpa perlu mengeja. Pembelajaran beliau di dalam beberapa subjek juga telah meningkat. Beliau juga telah berjaya memasuki kelas aliran perdana seperti biasa

Agent Coway  dan Karipap Frozen

Nama : Susilawati Binti Abdullah
Umur : 41 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 2018

Latar belakang

 

Susilawatie Binti Abdullah adalah anak peneroka Felda Jengka 22. Beliau adalah seorang ibu tunggal dan suri rumah.Beliau juga mengusahakan makanan frozen. Di samping itu, beliau menjadi agent produk Coway.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum hadir ke Pusat Internet, beliau masih belum menguasai asas keusahawan secara menyeluruh.Beliau hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau membuat jualan produk coway secara offline di booth. Beliau juga menggunakan platform facebook dan aplikasi whatsapp untuk jualan online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program keusahawanan di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualannya.

 

Nama : Nur Syafi Shahanath Bt Ismail
Umur : 11 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 2018

 

Latar belakang

Nur Syafi Shahanath Bt Ismail adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka 22. Beliau adalah seorang pelajar yang bijak dan rajin. Beliau aktif di sekolah dan sering hadir ke Pusat Internet pada cuti sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum datang ke PI tahap penguasaan ICT beliau adalah sederhana. Kali pertama beliau datang ke Pusat Internet Jengka 22 adalah untuk menemani kakak beliau. Kelamaan beliau turut serta menghadiri kelas computer dan program-program yang di jalankan di PI. Kini beliau sering datang ke PI untuk menggunakan computer dan akses internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas computer di PI, beliau berjaya menguasai asas computer dan  internet. Beliau juga berjaya meningkatkan tahap pembelajarannya di sekolah dengan mengulangkaji secara atas talian dan membuat latihan dan kuiz di internet.

 

Agent Coway dan Hartanah

 

Nama : Jamaludin Bin Mat
 
Umur : 43 Tahun  
Tahun Menjadi Ahli : 2018

 

Latar belakang

 

Jamaludin Bin Mat adalah anak peneroka Felda Jengka 22. Sebelum ini beliau bekerja  di Kuala Lumpur. Beliau telah kembali menetap di Jengka 22 pada akhir November 2019. Beliau kini menjalankan aktiviti pertanian pisang. Di samping itu, beliau menjadi agent produk Coway.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum hadir ke Pusat Internet, beliau masih belum menguasai asas keusahawan secara menyeluruh.Beliau hanya memasarkan produk beliau di facebook dan aplikasi whats up. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program keusahawanan di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualannya. Beliau juga telah mendapat pekerjaan Online Marketer di salah sebuah syarikat Hartanah di Temerloh. Pendapatan beliau telah meningkat dari rm1200 sebulan ke rm2500 dan kadang kala mengjangkau ke RM5000 mengikut komisyen jualan

Usahawan Teh Ais Leleh

Nama : Wan habsham Bin Ku Wahab
Umur : 34 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 2018

 

Latar belakang

 Wan habsham Bin Ku Wahab merupakan seorang peniaga gerai kecil-kecilan yang menjual teh ais leleh. Beliau juga menjual serbuk teh jualannya kepada orang ramai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum hadir ke Pusat Internet, beliau masih belum menguasai asas keusahawan secara menyeluruh.Beliau hanya memasarkan produk beliau di facebook dan aplikasi whats up. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program keusahawanan di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualannya.Beliau juga telah Berjaya memasarkan teh ais nya bukan sahaja di gerai tetapi juga secara pembotolan di premis perniagaan runcit.