Pengguna OKU menggunkan Youtube Dan Media Sosial seperti Facebook

Nama : Muhammad Sabri bin Zainol

Umur : 33 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2010

Latar belakang

Seorang OKU yang cacat pendengaran dan bisu. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muhammad Sabri bin Zainol mendapat pendedahan ICT setelah bapanya membawa beliau ke PI1M.Beliau tidak tahu membaca dan menulis. Petugas PI telah membantu beliau untuk tidak ketinggalan dalam mempelajari teknologi terkini. Beliau telah di ajar cara menggunakan youtube untuk melihat cerita, berita dan sebagainya.Beliau seterusnya di ajar cara bersosial dalam talian dengan menggunakan facebook.Beliau juga menghadiri kelas komputer bersama pelajar OKU yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mendapat pendedahan tentang ICT, Muhammad Sabri bin Zainol telah aktif bersosial tidak kira di alam maya ataupun di dunia sebenar. Sebelum ini beliau hanya memencilkan diri di rumah. Beliau juga telah membeli sebuah ipad untuk kegunaannya ketika melayari internet.kini beliau telah pandai menggunakan ipad, facebook dan youtube.Kini beliau menjadi pengguna harian tetap PI dan berjaya keluar dari kepompong hidupnya.

 

 Mencari maklumat dan Belajar secara Online.

Nama : Nurul Anisah Bt Zainal

Umur : 11 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2012

 

Latar belakang

Nurul Anisah berumur 11 tahun. Dia bercita-cita ingin berjaya di dalam UPSR. Dia menaman niat ingin mendapat 5A didalam UPSR. Dia telah mendapatkan dorongan daripada ibu bapa supaya belajar tambahan di Internet. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Saya menggunakan internet di PI1M Felda Jengka 22 sejak tahun 2012 ketika berada di Tahun 4 dan menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat untuk kerja-kerja sekolah dan juga mendapatkan contoh-contoh kertas ujian bagi latihan UPSRSaya juga menggunakan laman web pendidikan seperti cerdiknet.com untuk menjawab latihan secara online mengikut matapelajaran yang di ambil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Saya telah mempelajari banyak ilmu dalam internet. Saya menggunakan google.com untuk mendapat semua maklumatInternet dapat memudahkan dan mempercepatkan pencarian saya dalam mendapatkan maklumat.
  • Saya juga dapat mengulangkaji secara pantasdan belajar sendiri walaupun tanpa bantuan guru.
    • Saya telah mendapat 4A 1B dalam UPSR baru-baru ini dan sekarang menuntut di Sekolah Semai Bakti Felda.

 

Belajar Internet dan Media Sosial Facebook

Nama : Mohamad Fuad Bin Zahari

Umur : 28 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2011

 

Latar belakang

Beliau sebelum ini adalah lembam dan kurang dari segi pendidikan namun teknologi semasa kini mampu menarik minat beliau untuk terus belajar mendalami ilmu. Beliau telah di dedahkan dengan internet. Beliau telah mempunyai facebook dan whats up untuk bersosial di internet mencari kenalan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Beliau  tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Beliau telah mula menghadiri kelas-kelas computer di PI.Beliau juga menyertai kelas yang di hadiri pelajar sekolah rendah.Beliau banyak meluangkan masa di PI bagi mendapatkan akses internet

 Belajar Email Dan Microsoft Office 

Nama : Mohamad Aliiff Naiim Bin Hj Kassim

Umur : 31 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2014

 

Latar belakang

Beliau telah berkahwin dan bekerja sebagai seorang Guru Kafa. Sebagai seorang guru memerlukan beliau mahir menggunakan Komputer dan internet. Beliau mengambil inisaiatif dengan belajar komputer di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI,kemahiran komputer nye hanya lah biasa-biasa sahaja. Belaiu hanya tahu menggunakan Microsoft Word sahaja dan tidak tahu menggunakan email.Tuntutan kerja memerlukan seorang guru untuk menguasai ilmu dalam Microsoft Excel dan juga Microsoft Word. Ini kerana semu data pelajar dan maklumat sekolah perlu di simpan di dalam komputer.Beliau telah berhenti kerja sebagai ustaz dan mendapat pekerjaan sebagai Imam di Johor dengan bantuan carian pekerjaan di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Beliau telah berjaya mendapat pekerjaan dengan carian di internet. Internet banyak membantu daya dalam kerja harian Beliau. segala carian ayat-ayat alquran beliau peroleh dalam internet. Maklumat dan kemusykilan yang berkaitan agama juga kadang kala beliau merujuk dalam internet tetapi berdasarkan sumber-sumber yang sahih yang di keluarkan oleh Majlis agama dan sumber yg di percayai kesahihannya.Beliau juga banyak merujuk kepada internet bagi maksud-maksud ayat yang saya tidak fahami.Beliau juga menggunakan google translate untuk mempelajari bahasa arab dengan lebih baik terutama dari segi maksud dan juga sebutan.Walaupun kadang kala pembelajaran di PI1M adalah secara tidak langsung tetapi tips-tips dan kaedah senang belajar dari petugas PI1M banyak membantu saya mendalami ilmu agama.Beliau sekarang telah melanggan internet di dalam telefon bagi memudahkan semua urusan harian.

 

Ushawan Benang Kait

Nama : Pn. Nor Hafizah Binti Hamid

Umur : 39 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2013

 

Latar belakang

Pendidikan Pn. Hafizah hanyalah di peringkat SPM sahaja. Pekerjaan beliau adalah seorang Tenaga Pengajar PDK Felda Jengka 21 . Selepas waktu bekerja beliau menjalan kan perniagaan secara online di Facebook:Noor Hafizah Hamid dan Blog: http://izariecraft.blogspot.com/

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kurang mahir dalam komputer dan  ICT. Beliau telah datang  ke PI untuk menimba ilmu terutamanya asas dan latihan keusahawanan yang di adakan di PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

- Berjaya mendalami ilmu IT walaupun pada peringkat awal tidak pernah mempelajari ilmu IT

- Menggunakan ilmu yang di peroleh untuk mengajar peserta lain di PDK.

- Berjaya memasarkan produk kraf di dalam talian seperti di facebook dan juga di blog.

-Telah menerima tempahan daripada pelanggan di setiap negeri.

-Menerima tempahan daripada butik-butik di Kuala Lumpur dan pernah menerima tempahan daripada butik untuk Gaza yang di kelolakan oleh Afdlin Shauki dan rakan-rakan.