(Kisah Celik IT Tahun 2017)

Nama : Muhammad Iqbal Sauki Bin Semawi
 Umur : 16 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

Muhammad Iqbal Sauki Bin Semawi (030613060215) adalah pelajar Sek.Men.Keb Felda Jengka 21. Beliau sebelum ini hanya belajar asas computer di sekolah. Beliau merupakan anak ke 3 dan mempunyai 5 orang adik beradik. Beliau datang ke PI Felda Jengka 22 setiap kali selepas habis waktu persekolahan kerana rumah beliau berdekatan dengan PI

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum datang ke PI tahap penguasaan ICT beliau adalah berskala 4 dari 10 skala maximum. Beliau hanya menggunakan telefon  pintar untuk menguasai ICT dan hanya menggunakan aplikasi whats up untuk bersosial bersama rakan-rakan.Tahap penguasaan asas computer juga adalah kurang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas computer di PI, beliau berjaya menguasai asas computer,internet,emel dan Microsoft office. Beliau juga berjaya mendapatkan sijil asas computer dari PI.

Usahawan Kedai Makan ( Kisah Kejayaan Tahun 2017)

Nama : Zurina Bt Zainol

Umur : 37 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pn.Zurina Binti Zainol adalah seorang suri rumah setelah berhenti bekerja sebagai kerani di bahagian Human Resource di salah satu syarikat di Kuala Lumpur.Beliau telah berpindah ke Felda Jengka 22 dan membina rumah serta kedai makan untuk di usahakan. Beliau kini bergelar usahawan setelah mendaftar sebagai usahawan amanah ikhtiar cawangan Maran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di PI,tahap penguasaan beliau dalam bidang ICT adalah berskala 8/10. Beliau mahir menggunakan computer dan internet. Beliau selalu datang ke PI untuk menggunakan perkhidmatan di PI seperti internet,fotostat dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau aktif menyertai program-program di PI. Beliau banyak mendapat info dan maklumat tentangbantuan-bantuan perniagaan untuk usahawan di Pi. Beliau juga menyertai kelas-kelas ICT walaupun telah berpengalaman luas dalam bidang ICT.Beliau berkongsi ilmu dengan usahawan-usahawan lain yang sekelas dengan beliau. Beliau telah banyak mengumpul sijil-sijil computer dan ICT di PI.Kelas-kelas usahawan yang di hadiri banyak membantu beliau meluaskan pemasaran dan meningkatkan pendapatan.Pendapatan kasar  beliau bertambah sebanyak RM3000 sebulan.

 

Minat Ilmu ICT (Kisah Celik IT Tahun 2017)

Nama : Nur Aireen Batrisyia Bt Khairullizam
 Umur : 12 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

Nur Aireen Batrisyia Bt Khairullizam (050324060110) adalah pelajar Sek.Ren.Keb Felda Jengka 13. Beliau sebelum ini hanya belajar asas komputer di sekolah. Beliau merupakan anak sulung dan mempunyai 3 orang adik beradik. Beliau sanggup datang ke PI Felda Jengka 22 yang jaraknya anggaran 9km dari kediamannya untuk belajar ilmu ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum datang ke PI tahap penguasaan ICT beliau adalah berskala 4 dari 10 skala maximum. Beliau hanya menggunakan telefon  pintar untuk menguasai ICT dan hanya menggunakan aplikasi whatsApp untuk bersosial bersama rakan-rakan.Tahap penguasaan asas computer juga adalah kurang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas computer di PI, beliau berjaya menguasai asas computer,internet,emel dan Microsoft office. Beliau juga berjaya mendapatkan sijil asas computer dari PI.

 

Usahawan Penternakan Kambing Biri-Biri ( Kisah Kejayaan Tahun 2017)

Nama : En. Khairul Faizi Bin Saad

Umur :  39 Tahun 

Tahun Menjadi Ahli : 2017

 

Latar belakang

En.Khairul Faizi adalah seorang peniaga kedai serbaneka dan kini sedang menjinakkan diri dalam bidang penternakan kambing biri-biri.Beliau mula menternak kambing biri-biri sebanyak 4 ekor dan kemudian menambah bilangan kambing-kambingnya apabila melihat peluang dalam bidang penternakan mendatangkan keuntungan yang lumayan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau mendapatkan baka kambing dan penjualan kambing untuk majlis-majlis kenduri dan akikah hanya di kawasan sekitar Felda Jengka 22.Pendapatan bulanan beliau hanya dalam lingkungan RM 2000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 22, beliau kini telah memiliki facebook,facebook page, whatsapp dan instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Dengan internet, beliau dapat mencari kambing-kambing dengan harga yang murah dari pembekal-pembekal di luar sana yang kebanyakannya menjual dengan bilangan pukal. Penjualan kambing juga semakin mudah dan pelanggan beliau tidak terhad dari komuniti setempat malah telah menjangkau ke kawasan lain. Beliau juga telah mepelajari cara membuat kertas kerja Rancangan Perniagaan di PI bagi memohon geran bantuan kerajaan dari  Kementerian Pertanian& Industri Asas Tani (MOA).Beliau juga aktif  dengan aktiviti – aktiviti keusahawanan di PI. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000-RM4000 sebulan.