Usahawan 'Bakery'

Nama : Pn.Norhidayah Tajri

Umur : 33 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

Pn. Norhidayah Tajri telah berkahwin dan seorang surirumah sepenuh masa. Demi membantu sumai untuk menambah pendapatan keluarga, Pn Norhidayah telah mengikuti kelas membuat roti dan kek. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan, beliau tidak tahu cara untuk memperluaskan lagi perniagaan nya.Setelah habis mengikuti kelas tersebut, Pn Norhidayah hanya menjual roti dan kek dari rumah sahaja.Selain itu beliau juga memasarkan produk nya di kedai-kedai makan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri ke kelas Usahawan PI, beliau telah nampak cara yang lebih luas untuk memasarkan produk nya. Beliau telah memasarkan produk nya di facebook sahaja kerana ia cepat berbanding blog ataupun website. Pendapatan beliau kini bertambah dari RM300 hingga RM500 ke atas sebulan.

 

Usahawan Manik Kraf

Nama : Pn.Saloma Bt Ghani

Umur : 54 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2015

 

Latar belakang

Pn.Salomah Bt Ghani adalah seorang surirumah sepenuh masa. Pada mulanya beliau membuat manik kraf ini hanya untuk mengisi masa lapang sahaja. Beliau belajar Manik Kraf ini melalui kelas yang dijalankan oleh pihak KEMAS. Lama-kelamaan produk beliau telah mendapat permintaan dari orang ramai untuk dijadikan perhiasan dirumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau menjual produk dari rumah  dan rakan-rakan dan terdekat.Pendapatan bulanan beliau hanya dalam lingkungan RM 300 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 22, beliau kini telah memiliki facebook,whatsApp sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau.  Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800-RM1000 sebulan.

 

Produk IKS Kuih Tradisional Seperti Bahulu dan Kerepek

Nama : Pn.Salmah Binti Ahmad

Umur : 55 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2010

 

Latar Belakang

Pn Salamah adalah seorang Suri rumah  dan berusia 55 tahun. Beliau hanya mendapat pendidikan hanya di Peringkat Sekolah Rendah sahaja. Beliau juga Mendapat bantuan dari TEKUN.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir dalam komputer dan  ICT. Beliau telah datang  ke PI untuk menimba ilmu terutamanya asas dan latihan keusahawanan yang di adakan di PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

- Berjaya mendalami ilmu IT walaupun pada permulaan "zero" dengan ICT.

- Menggunakan ilmu yang di peroleh untuk belajar memasarkan produk secara online.

- Telah berjaya memasarkan produk nye di pasar-pasar raya berdekatan.

-Menerima tempahan di rumah-rumah kenduri.

 

Perusahaan Krafkaki 

Nama : Noor Aishah Bt Ariffin

Umur : 29 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2010

 

Latar Belakang

Pn. Noor Aishah  Ariffin beruAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Beliau seorang OKU. Tetapi mempunyai kemahiran membuat kraf menggunakan kakinya. Beliau mendapat pendidikan hanya di Sekolah Agama Rakyat sahaja sehingga darjah 6. Setelah naik sekolah Menengah beliau masuk ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) di jengka 21. Di PDK lah beliau belajar membuat pelbagai kraf dan secara tidak langsung boleh menjadi pendapatan sampingan beliau.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir dalam komputer dan  ICT. Beliau telah datang  ke PI untuk menimba ilmu terutamanya asas komputer seperti Microsoft Office dan latihan keusahawanan yang di adakan di PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mempelajari tentang komputer dan internet di PI Felda Jengka 22. Mempelajari Desktop  Publishing, Emel, Facebook, youtube,dan blog.

Berjaya mempromosikan hasil krafkaki kealam maya menerusi facebook dan blog.

Mempelajari teknik pembuatan kraf daripada youtube.

Berjaya mendapat tempahan daripada luar dan berjaya menambahkan pendapatan.

Pembelian barang seperti benang hanya di buat di atas talian.

Berjaya memenangi Anugerah Khas Juri 1 dalam Anugerah Transformasi Komuniti U-Pustaka 2012 yang berlangsung di One World Hotel, Damansara.

Dan memenangi wang sebanyak RM2,000.

Beliau juga Berjaya memenangi Anugerah Usahawan Cemerlang 2013 dengan wang sebanyak RM 5000 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’Sri Najib Bin Tun Hj Abdul Razak.

 Belajar Kaedah Pengajaran & Pembelajaran di Internet sebagai Guru Literasi.

Nama : Pn. Rozalmah Bt Manap

Umur : 39 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2010

 

Latar belakang

Pn. Rozalmah Manap adalah seorang guru Literasi. Beliau tidak mahir di dalam IT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Rozalmah Bt Manap mendapat pendedahan ICT setelah beliau ke PI.Beliau tidak tahu mengenai ICT sejak awal pekerjaannya sebagai guru literasiPetugas PI telah membantu beliau untuk tidak ketinggalan dalam mempelajari teknologi ICT bagi mempelbagaikan kaedah P&P yang lebih berkesan. Beliau telah di ajar cara menggunakan youtube dan juga laman web pendidikan yang lain untuk di ajarkan kepada para pelajarnya..Beliau seterusnya di ajar cara membuat emel dan bersosial dalam talian dengan menggunakan facebook,twitter serta aplikasi yang lain.Beliau juga menghadiri kelas komputer bersama pelajar belia yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mendapat pendedahan tentang ICT, Pn. Rozalmah Bt Manap telah menggunakan ilmu ICT dalam sesi pembelajaran dan pelajaran(P&P) beliau. Pelajar Literasi lebih berminat dengan kaedah pembelajaran secara atas talian berbanding secara manual.Kepelbagaian teknik pembelajaran telah membuatkan ibubapa dan penjaga kanak-kanak literasi lebih bergantung harap kepada Cikgu Rozalmah untuk mendidik anak mereka kearah yang lebih cemerlang.Disamping itu, Cikgu Rozalmah telah membuka minda ibubapa untuk turut serta mempelajari ilmu ICT dengan melibatkan ibu bapa dalam beberapa program anjurannya dengan kerjasama PI Felda Jengka 22. Cikgu Rozalmah telah mengoptimumkan segala kemudahan yang terdapat di PI.