Usahawan Jelly Kelapa (Kisah Kejayaan 2018)

Nama :Yusrita Bt Ramli
 Umur : 37 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2017

 

Latar belakang

Yusrita Bt Ramli merupakan suri rumah sepenuh masa.Beliau berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Beliau membantu suaminya dengan membuat jelly kelapa untuk di jual di gerai Cendol suaminya

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum hadir ke Pusat Internet,beliau hanya menggunakan telefon bimbit untuk mengakses internet. Penggunaan internet hanya untuk bersosial secara online bersama rakan-rakan dan saudara mara.Beliau hanya menemani suaminya ke pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program keusahawanan di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualannya.

 

Usahawan Business Printing ( Kisah Kejayaan Tahun 2017)

Nama : Ros Azianti Bt Mat Ali
 Umur : 33 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Ros Azianti Bt Mat Ali adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau sebelum ini menambah pendapatan keluarga dengan menjahit. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai tahap pengetahuan ICT yang baik. Beliau telah cuba meningkatkan lagi taraf hidup dengan melibatkan diri dengan business online printing.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan bilangan pelanggan dan sekaligus meningkatkan pendapatan sampingan

Kisah Celik IT 2017

Nama : Putri Ainur Solehah Bt Mohamad Yusri  
 Umur : 12 Tahun  
 Tahun Menjadi Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puteri Ainur Solehah adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka 22. Beliau adalah anak seorang Pembantu Pegawai Perubatan di Poliklinik Felda Jengka 22. Beliau seorang yang pemalu dan kurang berkawan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum datang ke PI tahap penguasaan ICT beliau adalah sederhana. Beliau hanya menggunakan netbook untuk menguasai ICT dan liputan wifi adalah jauh dari rumahnya. Beliau datang ke PI untuk menggunakan computer dan akses internet serta menghadiri kelas computer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas computer di PI, beliau berjaya menguasai asas computer,internet,emel dan Microsoft office. Beliau juga berjaya mendapatkan sijil asas computer dari PI

 

Usahawan Madu Kelulut ( Kisah Kejayaan 2017)

Nama : Pn. Nor Hasikim Binti Wan Hassan

Umur : 39 Tahun

Tahun Menjadi Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn.Nor Hasikim adalah seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda lulusan Universiti Malaysia Sabah. Sebelum ini beliau bekerja di syarikat swasta di Mentakab ,Pahang. Beliau telah berhenti kerja dan mengikut suami pulang ke kampung dan menjalankan ternakan madu kelulut bersama bapanya. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sememangnya mahir dalam computer dan mempunyai pengetahuan dalam bidang ICT. Namun,beliau tetap datang ke PI untuk menimba ilmu terutamanya asas dan latihan keusahawanan yang di adakan di PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualan dan menambahkan bilangan produk hasil dari sumber madu kelulut.

 

Usahawan Pembuatan Kek ( Kisah Kejayaan tahun 2017)

Nama : Juniza Bt Shaidin
 Umur : 30 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pn.Juniza Bt Shaidin adalah suri rumah sepenuh masa. Beliau berumur 29 tahun dan telah berkawin dan mempunyai 3 orang anak. Beliau berkelulusan SPM. Beliau mula dalam perniagaan online sejak tahun 2015. Beliau hanya menjual barang-barang secara dropship di facebook. Beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan kek sejak menyertai kelas usahawan roti dan kek di PI.sejak itu,beliau berusaha mempelajari cara membuat kek di youtube.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, beliau hanya seorang peniaga kedai makan.Beliau hanya menggunakan ICT untuk melayari laman facebook dan juga whats up. Beliau hanya datang ke Pusat Internet untuk fotostat dan juga mendaftar anak persekolahan anak-anak. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas-kelas ICT di PI beliau kini telah berjaya menjadi usahawan kek dan usahawan droship secara online. Permintaan kek beliau semakin tinggi.kek beliau juga di gemari ramai sangat sedap dan harga berbaloi. Pendapatan beliau kini semakin meninggkat ke RM 600 berbanding dahulu RM 300.