Nama : Muhammad Hafiz Haikal Bin Abdullah
Umur : 12 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 2016

 

Latar belakang

Muhammad Hafiz Haikal Bin Abdullah adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka 22. Beliau adalah seorang pelajar yang kurang menyerlah dalam pembelajaran di sekolahnya. Beliau sangat lemah dalam matapelajaran matematik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum datang ke PI1M tahap penguasaan ICT beliau adalah sederhana. Beliau hanya menggunakan telefon bimbit untuk mengakses internet. Kali pertama beliau datang ke Pusat Internet Jengka 22 adalah untuk menemani kawan-kawannya.Lama kelamaan beliau turut serta menghadiri kelas computer dan program-program yang di jalankan di PI. Kini beliau sering datang ke PI untuk menggunakan computer dan akses internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas computer di PI, beliau berjaya menguasai asas computer dan  internet. Beliau juga berjaya meningkatkan tahap pembelajarannya di sekolah terutama matepelajaran matematik.

 

Konsultant dan agen Nurrasya Beauty

Nama : Ainatul Farhana Bt Bakar
Umur : 28 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 2017

 

Latar belakang

Ainatul Farhana Bt Bakar berasal dari Felda Jengka 13. Beliau menjalankan perniagaan secara online. Beliau merupakan agen dan consultant bagi produk kecantikan Nurrasya Beauty.Pendapatan beliau sebulan adalah rm300-rm500.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum hadir ke Pusat Internet, beliau menjalankan perniagaan perniagaan dari rumah ke rumah (home party)dan hanya menggunakan WhatsUp untuk membuat pemasaran. Pelanggan beliau juga terhad kepada komuniti setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program keusahawanan di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualannya menggunakan pelbagai platform pemasaran seperti fb page,instagram dll.Beliau juga kini telah mencuba menjinakkan diri dengan perniagaan jualan rempah dan sos.Asas keusahawanan yang dipelajari telah Berjaya meningkatkan semangat beliau untuk mencuba pelbagai perniagaan sampingan.Pendapatan beliau kini mencapai rm800-rm1000 sebulan.

 

Usahawan Stokis Jamu Susuk Dara dan Agen Tupperware (Kisah Kejayaan 2018)

Nama :Siti Rahmah Bt Ramli
 
Umur : 28 Tahun  
Tahun Menjadi Ahli : 2017

 


Latar belakang
 

Siti Rahmah Binti Ramli adalah seorang beliawanis yang aktif.Beliau masih belum berkahwin dan kini tinggal bersama ibubapanya di Felda Jengka 13. Beliau menjalankan perniagaan  secara online di rumah. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mempunyai asas dalam bidang ICT sebelum hadir ke Pusat Internet tetapi kurang pengetahuan dalam asas keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program keusahawanan di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualannya.

 

Usahawan Chocolious

 

Nama : Muhamad Falah Bin Mohd Sadri
Umur : 26 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 2010

 

Latar belakang

Muhamad Falah Bin Mohd Sadri merupakan lepasan Diploma dan masih menganggur. Beliau telah menjalankan perniagaan dropship chocolious sejakawal tahun 2018.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum hadir ke Pusat Internet, beliau masih belum menguasai asas keusahawan secara menyeluruh.Beliau hanya memasarkan produk beliau di facebook dan aplikasi whats up. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menghadiri kelas dan mengikuti pelbagai program keusahawanan di PI, beliau telah berjaya menguasai pelbagai teknik pemasaran dan sekaligus berjaya meningkatkan hasil jualannya.Beliau juga telah mendapat pekerjaan Online Marketer di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur selepas menyertai Kursus Asas Pemasaran Digital anjuran IUB MARA dengan kerjasama Pusat Internet pada Oktober 2018.

 

 

Usahawan (Cendol Ori Bukit Jepun) Dan Broker Penjualan Jentera Berat ( Kisah Kejayaan Tahun 2018)

Nama : Noriwan Bin Mukhtar
 Umur : 37 Tahun
 Tahun Menjadi Ahli : 2018

 

Latar belakang

Noriwan Bin Mukhtar adalah seorang peniaga menjual santan di pasar borong Bandar Jengka. Pada waktu petang, beliau berniaga gerai kecil-kecilan yang menjual air balang dan cendol pulut. Lokasi perniagaan beliau adalah di Kuala Krau berhadapan dengan pasaraya Mempaga Fresh. Pendapatan belian sebulan adalah RM1500.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai tahap pengetahuan ICT yang baik. Beliau telah cuba meningkatkan lagi taraf hidup dengan melibatkan diri dengan urusniaga online dengan mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan beliau di atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas di PI, beliau telah berjaya mempromosikan gerai dan perkhidmatan jual beli jentera berat beliau. Pelanggan di gerai semakin dan fb page jual beli jentera berat beliau semakin di kenali dengan 3020 likeda n 3220 follower.Pendapatan beliau juga meningkat ke RM 2500 sebulan dan kadang kala mendapat komisen penjualan jentera berat sehingga RM2000-RM3000 seunit.